Rabu, 12 Oktober 2011

Langkah Update Ubuntu Yang Dihalang Oleh Firewall

Pernahkah anda merasa tertekan kerana tidak dapat mengemaskini (update) Ubuntu kerana dihalang oleh firewall?
Pasti ramai yang mengalami situasi ini khususnya apabila menggunakan talian internet di sekolah, universiti dan tempat kerja. Ini kerana admin seringkali menutup port-port yang tidak dikenali termasuklah port yang digunakan untuk update sistem Ubuntu.
Untuk itu disenaraikan 3 langkah bagi mengatasi masalah ini seperti berikut :
1. Tekan butang Alt-F2 dan taip gksu gedit /usr/lib/python2.6/dist-packages/softwareproperties/ppa.py
2. Lihat pada barisan 88 dan tukar keyserver.ubuntu.com kepada hkp://keyserver.ubuntu.com:80
3. Simpan dan tutup
Teknik ini membolehkan sistem Ubuntu dikemaskini melalui port 80 yang sentiasa dibuka.
Selamat mencuba.

2 komentar: