Rabu, 12 Oktober 2011

HP Touchpad vs iPad

http://www.rtikel.com/wp-content/uploads/2011/08/HP-Touchpad-vs-iPad.jpg

HP (Hewlett Packard) memang tidak asing lagi dalam dunia PC. HP adalah pengeluar PC tertinggi dunia. Ini kerana ia menawarkan desktop, laptop dan netbook yang murah dengan kualiti yang boleh diterima pengguna.
Namun, baru-baru ini ia telah mengejutkan dunia IT – bukan kejutan yang positif – apabila telah menghentikan pengeluaran dan sokongan terhadap tablet sulungnya iaitu Touchpad dan sistem operasinya WebOS.
HP melancarkan Touchpad pada 1 Julai yang lalu untuk menyaingi iPad keluaran Apple. WebOS dijanjikan dapat memberikan kelainan serta prestasi yang unggul. Oleh kerana WebOS berasaskan sumber terbuka seperti Android maka pelancaran ini amat dinanti-nantikan.
Dengan paparan-muka yang ringkas dan moden, penulis percaya WebOS adalah pesaing yang paling layak bagi iOS. Sayang sekali, baru sebulan lahir, Touchpad telah ‘dibunuh’.
Jadi bagaimana ia mampu bersaing dengan iPad?
Di Amerika Syarikat, Touchpad sekurang-kurangnya mengungguli iPad apabila Best Buy menjualnya pada harga $99 atau lebih kurang RM300.00 untuk penghabisan stok.
Persoalannya, bagaimana syarikat gah seperti HP boleh gagal dalam strateginya?

1 komentar:

  1. Dan segera ambil award mu di link ini
    http://ayriy.blogspot.com/2011/10/award-pertama-ayriy-zone.html
    Terima kasih

    BalasHapus